Saturday, August 29, 2009

Thursday, August 20, 2009

Wahai Para Pejuang Pemikiran



Makin saya melihat diri,
Makin timbul rasa kerisauan,
Dan terdetik untuk menulis
Sebuah coretan lintasan hati...

Khususnya untuk diri saya,
dan orang yang bersama-sama,
dalam membuat amal...

. . . . .

Wahai Para Pemikir,
Dengan segala rahmat-Nya, Allah memberi kelebihan kepadamu
bukanlah unutkmu semata-mata, tapi untuk disampaikan kepada yang masih mencari dan yang berhak,
kamu kata kamupejuang islam, tapi kenapa kamu tidak menyebarkan islam yang diperintahkan ke atas kamu.

Para Pemikir Islam Sekalian,
Kamu harapan islam, tapi mengapa kamu segan dan tidak kedepan dalam menentang kefasadan dan kemungkaran. sedangakan musuh-musuh Allah sentiasa maju kehadapan bagi menghancurkan pemikiran ummah Islam yang suci. Tapi betulkah kamu harapan islam, sedangkan dirimu sendiri belum disibukkan dalam urusan tarbiyyah dan dakwah.

Wahai Pendokong Ideologi Tertinggi,
Kamu kata kamu daie, tapi kenapa kamu masih menagguh untuk merancang dan menyusun urusan dakwahmu. Adakah kamu daie yang diharapkan oleh kekasih Allah, dalam masa yang sama kamu lebih memikirkan tentang dirimu berbanding umat sekeliling kamu yang menjadi amanah pada dirimu.

Wahai Para Penyambung Risalah,
Risalah apa yang kamu bawa? Risalah nabi junjunganmu? Tapi kenapa kamu hanya membawa dan menyampaikan sedangkan dirimu si pembawa tidak berusaha untuk beramal sepenuhnya dengan apa yang kamu bawa. kamu sangka kamu ingin menyelamatkan si penerima dari seburuk-buruk tempat tapi kamu berada di tempat yang sama dengannya. bagai kamu dan penerima ada di jurang curam gunung, dalam keadaan tenat seperti itu kamu menghulurkan tangan untuk menyelamatkannya. sudah tentu mereka tidak akan terima.

Wahai Penerus Utusan Allah,
Bersatulah,bersatulah dan bersatulah dalm dakwah dan dalam membuat amal kearah mardhotillah kerana keberkahan tuhanmu diturunkan kepada yang bersatu.
sedarlah..sedarlah wahai para pejuang.

Mac.2009
Sekolah Menengah Islam Hira'


RenungkanKembali

" Telah perginya mereka
dengan kesusahan dan keperitan..

adakah kita mengikuti mereka,
dengan kesenangan dan kemewahan??

maka berungtunglah sesiapa,
menginfakkan jasad dan hatinya,
untuk membeli syurga Allah.."